DEFINISI PERUNDANGAN ISLAM
Untuk membicarakan tentang definisi perundangan Islam secara lebih lanjut, sewajarnya dilihat kepada definisi Syariah itu sendiri. Ini adalah kerana apabila menyentuh tentang perundangan Islam, secara lazimnya tergambar di kotak pemikiran bahawa perundangan Islam tersebut merupakan undang-undang Syariah.
Definisi Syariah:
Bahasa:
Dari sudut bahasa Syariah boleh didefinisikan sebagai jalan lurus yang membawa manusia kepada kebaikan.
Istilah:
Dari sudut istilah pula Syariah boleh didefinisikan sebagai segala perkara yang digariskan oleh Allah kepada hambaNya merangkumi seluruh hukum hakam yang pelbagai samada dalam bentuk praktikal atau kepercayaan bagi memastikan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.
Isu:
Perbincangan dalam Syariah Islamiyyah mengandungi seluruh tatalaku kehidupan manusia yang merangkumi isu - isu berikut:
a). Aqidah - Membincangkan persoalan ketuhanan berasaskan kepada rukun Iman.
b). Ibadat - Membincangkan tentang konsep hubungan antara hamba iaitu manusia dengan pencipta iaitu Allah seperti solat, puasa, haji, thoharoh dan lain - lain lagi.
c). Akhlak - Membincangkan tentang tatasusila kehidupan manusia yang terbaik, sistem pemerintahan, etika dan budaya hidup yang murni antara manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam sejagat.
d). Muamalat - Membincangkan aspek pergaulan dan perhubungan dua hala antara sesama insan, hak - hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seperti dalam kontrak, perjanjian, kewangan, perkongsian dan seumpamanya.
e). Jenayah - Membicarakan tentang aspek perlakuan manusia samada melibatkan pencabulan ataupun balasan.
f) Kekeluargaan - Membicarakan tentang isu kekeluargaan, hak - hak dan tanggungjawab antara suami dan isteri, anak - anak, perceraian, pusaka, faraid dan lain - lain yang melibatkan rumahtangga.


No comments:
Post a Comment